Me

Me
Pembekal Anak pokok Herba Terpilih

Buah Ajaib

Buah Ajaib
Pernah Tengok

Mahkota Dewa

Mahkota Dewa
Penawar Segalanya

Buah Delima

Buah Delima
1001 Kegunaan

Buah Mulberi

Buah Mulberi
Sukar Dicari

Buah Avocado

Buah Avocado
Banyak Khasiat

Herbs available in Taman Herba PPKI SMK Menjalara

1. Cekur

2. Cekur Manis

3. Cucur Atap

4. Delima

5. Dukung Anak

6. Depu / Gaharu

7. Gandarusa

8. Garuda

9. Halia

10. Hempedu Bumi

11. Jambu Batu

12. Jarum Tujuh Bilah

13. Jeremin

14. Kacip Fatimah

15. Kaduk

16. Kantan

17. Kari

18. Kayu Manis

19. Kemangi

20. Kesum

21. Ketumpangan Air

22. Kunyit

23. Kunyit Hitam

24. Lada Hitam

25. Lemba

26. Lempoyang Gajah

27. Lengkuas

28. Lenjuang Merah

29. Lidah Buaya

30. Limau Kasturi

31. Limau Purut

32. Mahkota Dewa

33. Mas Cotek

34. Mengkudu

35. Misai Kucing

36. Mulberi

37. Oregano

38. Pandan Wangi

39. Pegaga

40. Pokok Ajaib

41. Pokok Lelipan

42. Purple Heart

43. Rozel

44. Sambung Nyawa

45. Selasih

46. Senduduk

47. Serai

48. Serai Wangi

49. Setawar

50. Sirih

51. Stevia / Pokok Gula

52. Tenggek Burung

53. Tongkat Ali

54. Salam

55. Pokok Mambu


Saturday, 23 July 2011

Taman Herba PPKI SMK Menjalara

Asalamuamaikum...
Kepada semua pembaca yang budiman,
PPKI SMK Menjalara telah mewujudkan sebuah taman herba yang berkonsepkan "Herbal Interactive".
Taman ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan semua orang tentang jenis-jenis herba yang boleh diperolehi di dalam taman ini, khasiat-khasiat dan kegunaan herba tersebut dari segi perubatan, dan juga cara-cara penjagaan serta pembiakbakaan semua herba tersebut.
Jika berminat, anda boleh melawati blog yang diwujudkan ini dari semasa ke semasa, atau datang sendiri ke taman ini, atau menghubungi orang yang bertanggungjawab mewujudkan taman herba ini.

Taman Herba PPKI SMK Menjalara,
Sekolah Menengah Kebangsaan Menjalara, Bandar Menjalara,
52100 Kepong, Kuala Lumpur.

Individu Bertanggungjawab:

En Zaklie Bin Amansu
Tel/Fax: 0193342250 / 0362721477

No comments:

Post a Comment

HERBA: KHASIAT DAN KEGUNAANNYA

PENGENALAN

Manusia menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai punca makanan dan perubatan semenjak zaman dahulu lagi. Segala pengalaman dan pengetahuan diturunkan melalui mulut ke mulut dan di warisi turun temurun. Namun begitu, apabila dunia semakin moden manusia telah mencari penemuan baru dalam bidang perubatan secara meluas dengan menghasilkan pelbagai bahan tiruan dalam mengubati segala jenis penyakit. Kini, setelah puas disogok dengan pelbagai bahan tiruan sekian lama, manusia kembali semula kepada asal iaitu merujuk kepada kepelbagaian dan kekayaan alam semulajadi dalam menyediakan pelbagai bahan untuk tujuan perubatan.

Perubatan tradisional berkait rapat dengan sejarah sosio budaya manusia. Setiap masyarakat di dunia mempunyai sejarah perubatan asli tersendiri. Di Malaysia sendiri, perubatan tradisional terbahagi tiga sumber utama iaitu Melayu/Orang Asli, Cina dan India. Perubatan Cina berasaskan Confucius, India Ayurveda manakala Melayu campuran budaya Hindu, Arab dan Orang Asli. Walaubagaimanapun, semuanya ini mempunyai ciri sepunya iaitu bahan mentahnya berasal dari tumbuhan. Tumbuhan yang di tanam atau hidup meliar di sekitar kawasan hutan dan sebagainya.

Sebanyak 76 spesis paku-pakis dan 1215 spesis tumbuhan berbiji di Semenanjung Malaysia didakwa berkhasiat sebagai ubatan, termasuk untuk kecantikan. Lebih 125 ribu jenis tumbuhan ada khasiat perubatan yang berasaskan amalan penggunaan berterusan. Pola penggunaan perubatan tradisional dalam kalangan lelaki biasanya untuk menjaga kesihatan, meningkatkan tenaga mental, fizikal dan keupayaan lelaki. Hampir 40 peratus kegunaannya untuk orang perempuan adalah bagi tujuan kecantikan seperti awet muda, melangsingkan badan, kegebuan kulit serta meningkatkan daya tarikan seks, mengawal perjalanan haid dan menjarangkan anak.

Bahagian tumbuhan yang lazim digunakan ialah akar, batang, daun, ranting, buah dan juga keseluruhan pokok. Lazimnya ia berbentuk kasar seperti akar kayu yang dikeringkan atau bentuk segar yang direbus dan diminum airnya. Walaubagaimanapun, terdapat juga sesetengah daripada tumbuhan ini dimakan begitu sahaja seperti memakan daun salad dengan si pemakannya akan mendapat manfaat atau khasiat secara tidak langsung hasil daripada amalan pemakanan ulam-ulaman tersebut. Hanya segelintir diproses, seperti jamu, makjun dan minyak urut/urat. Secara umum kajian setakat ini yang dilakukan oleh Profesor Madya Dr. Marziah Mahmood daripada Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi UPM (1993) membuktikan benar mengenai dakwaan dan kepercayaan tentang kebaikan 10 jenis spesis tumbuhan kumpulan kunyit dan jarum emas. Namun begitu, khasiat yang ada tidak stabil dan mungkin hilang dalam pemprosesan atau melalui peruapan. Terutama sekali jika barangan akhir hasil daripada proses ekstrakan tumbuhan tersimpan lama dalam pasaran.

Bumi Malaysia adalah bertuah kerana dikurniakan dengan tumbuhan alam semulajadi yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri. Menyedari hakikat ini, topik tumbuhan herba ini menjadi pilihan kerana minat dalam mendalami tumbuhan ini serta persekitaran tumbuhan ini yang mudah diperolehi.

Malah masyarakat pantai timur, telah lama mengamalkan pemakanannya secara konsisten. Contohnya memakan ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja, cekur dan sebagainya. Tumbuhan ini bukan saja boleh dimakan malah mempunyai nilai-nilai komersial.

Sebagai contoh dijadikan ubatan, barangan kosmetik seperti pencuci muka, malah ada di antara produk ini dieksport ke negara jiran seperti Brunai. Keberkesanan tumbuhan ini juga diakui oleh para pengkaji botani dari luar negara lebih-lebih lagi pengkaji negara Barat.

Sejarah Tumbuhan Herba

Manusia pada zaman silam mula menerokai bidang perubatan setelah membuat pengamatan terhadap kuasa-kuasa sihir. Perubatan kuasa-kuasa sihir ini menggunakan bacaan-bacaan agama serta dituruti dengan penggunaan tumbuhan herba bagi tujuan mengubati sesuatu penyakit.

Bagi masyarakat barat, perubatan boleh dikaji sejak dari zaman Greece. Pada waktu itu, bapa perubatan adalah Hippocrates. Antara jasa beliau adalah, beliau telah menubuhkan sebuah kolej perubatan yang dinamakan "Temples of Aesculapius". Hippocrates telah menggunakan bahan seperti kod undang-undang Hammurabi dari Babylon, daun papyrus dari Egypt, serta rekod-rekod herba yang digunakan oleh masyarakat Near East sebagai bahan mengajarannya. Kegemilangan Temples of Aesculapius telah diteruskan oleh tokoh-tokoh seperti Socrates, dan anak muridnya Plato. Anak murid Plato pula adalah Aristotle.

Sedikit sejarah mengenai Aristotle, adalah, beliau menjadi tutor kepada Alexander the Great. Aristotle telah menjelajah untuk mendapatkan serta mengumpulkan tumbuhan herba. Selain itu beliau cuba juga untuk mempelajari keadaan persekitaran tumbuhan ini. Anak muridnya pula, Theoprastus, telah mengembangkan sayap dengan menerbitkan sebuah buku mengenai tumbuhan serta kegunaannya. Buku beliau bertajuk,The Enquiry Into Plants. Buku ini telah mengelaskan tumbuhan mengikut kategori iaitu herba, pokok, tumbuhan renek, dan telah membincangkan setiap kegunaan tumbuhan-tumbuhan ini.

Zaman Herba

Zaman awal herba adalah pada abad yamg ke 17. Pada abad ini ia dikenali sebagai zaman herba kerana terdapat beberapa penerbitan buku-buku yang penting serta impak atau kesan-kesan penghasilan buku-buku ini terhadap perkembangan dunia sains serta perubatan.

Di antara penerbitan buku-buku pada zaman itu, terbitan John Gerarde adalah paling berharga. Buku beliau bertajuk The Herball or Generall Histories of Plants yang diterbitkan pada tahun 1596. Gerarde sebenarnya adalah supervisior ladang tumbuhan milik Lord Burghlery, iaitu beliau adalah pemilik dalam syarikat Barber Surgeons. Di zaman itu, Gerarde adalah seorang yang dikenali serta berpendirian teguh. Beliau percaya bahawa, sesuatu pokok adalah lebih bernilai dari batang tumbuhan sehinggalah kedaunnya daripada pendapat setengah orang mengatakan tumbuhan hanya berguna untuk buahnya supaya dimakan. Beliau juga berpendirian teguh terhadap para ahli sihir serta kesaktian dalam perubatan herbal. Ini kerana pada zaman itu, manusia terikut-ikut atau terlalu percaya dengan ilmu tahyul. Beliau juga telah mengadakan perbincangan dan perdebatan mengenai tumbuhan dari Amerika dan berusaha untuk peyelarasan deskripsi (prescription) dalam penggunaannya.

Pada tahun 1633, Thomos Johnson telah mengedit semula buku Grarde. Johnson adalah seorang ahli herbal doktor di physick. Edisi kedua pula, mempunyai lebih daripada 2500 gambar yang dibuat di Perancis. Dalam illustrasi ini pula, diskripsi mengenai tumbuhan adalah lebih jelas, dan tulisannya lebih mudah dibaca serta difahami yang menyebabkan buku tersebut menjadi suatu aset yang penting.

Sejarah Ringkas Penggunaan Tumbuhan Herba

Teh

Teh adalah tumbuhan yang terpenting selepas air. Linnaeus telah mengelaskan tumbuhan ini sebagai Camelia japonica kerana dalam spesismen herbarium tumbuhan ini datangnya dari Jepun tetapi pokoknya berasal dari utara India dan China dan sekarang ini dikelaskan sebagai Thea sinensis.

Teh liar ini dapat tumbuh setinggi 90 kaki dan keatas. Pada zaman dulu, monyet digunakan untuk mendapatkan daunnya dan mencampaknya kebawah. Tetapi kini, tumbuhan ini dicantas agar memudahkan pengambilannya. Oleh kerana itulah tumbuhan ini ditanam tidak melebihi 3 kaki.

Di China pula, masyarakatnya menganggap minuman ini amat penting dalam kebudayaan mereka. Mengikut lagenda di China, the telah ditemui secara kebetulan oleh Maharaja Shen Nong pada 2737 B.C. Maharaja juga adalah seorang ahli herba dan ahli sains yang kreatif. Antaranya Maharaja ini percaya bahawa merebus air sebelum meminum dapat memberikan kesihatan yang baik.

Pada suatu hari, sewaktu Maharaja sedang melawat salah satu kawasan jajahannya, beliau serta pengikutnya berhenti untuk berehat. Salah seorang orang gajinya pun merebus air untuk diberi kepadanya. Daun-daun kering dari rimbunan camellia telah terjatuh kedalam air yang sedang direbus. Maharaja itu sangat berminat dalam cecair baru itu kerana aromanya. Maharaja telah habis minumnya dan mendapatinya dapat melegakan sakit-sakit badan. Baginda telah mengistiharkan bahawa teh mempunyai faedah kepada tubuh badan. Tetapi ketika itu, teh lebih diminum untuk kegunaan perubatan. Tetapi lama kelamaan ianya diminum sebagai minuman harian.

Seni untuk minum teh pula, tidak di pelopori lagi sehinggalah Dinasti Tang dan Song. Ketika itulah juga tea telah menunjukkan perubahan yang significant dalam tradisional China. Ketika zaman pertengahan Dinasti Tang (780 A.D) seorang terpelajar bernama Lu Yu telah menerbitkan buku takrifan yang pertama, Cha Ching atau The Tea Classic. Lu Yu telah menghabiskan selama 20 tahun untuk mempelajari mengenai subjek ini. Dokumentasi ini termasuklah pengetahuan tentang penanaman, pengprosesan, merasa teh tersebut. Kajian beliau telah menolong untuk menaikkan martabat meminum teh secara meluas di China. Malah ketika Dinasti Tang (6816-906 B.C) tea telah menjadi minuman rasmi di negara itu.

Kini, terdapat lebih 2000 jenis teh. Walaupun tea dihasilkan lebih dari 25 negara, tetapi pengeluar utamanya adalah China, India, Indonesia, Kenya, Malawi dan Sri Lanka. Sami-sami Buddha pula, bertanggungjawab menyebarkan penanaman teh menerusi China dan Jepun.

3 kategori teh adalah hitam, hijau, dan oolong. Dalam ketiga-ketiga ini pula terdapat banyak kategori. Teh hitam dan hijau datangnya dari spesis pokok yang sama tetapi yang membezakan adalah proses dan prosedur pembuatannya. Teh hitam terpaksa melalui beberapa pengoksidaan sebelum di keringkan manakala, teh hijau pula di wapkan sejurus selepas memetik daunnya untuk mengelakkan oksidan. Oolong pula, (hijau/hitam) teh di simpan untuk mengurangkan rasa teh hijau serta menambahkan lagi teh hitam.

Semua teh perlu disimpan dalam bekas kedap udara.Ianya tidak boleh di dedahkan kepada pancaran matahari. Ini kerana ianya boleh menghilangkan rasa serta bau aromanya. Sesetengah teh pula diletakkan perasa untuk menembahkan variety daripada tumbuhan kering dan minyak bercitrus. Yang paling popular adalah minyak dari Bergamaot ( Oil Of Bergamot ) iaitu sejenis pokok bercitrus dari Italy. Chamomile,Lemongrass, Pepermint dan sebagainya di panggil "Teh Herba" atau "Tisanes" dan ada setengah teh telah dikisar.

Pegaga

Khasiat daun pegaga atau nama saintifiknya Centella usiatica sebagai ulam-ualaman sudah diketahui sejak turun temurun lagi. Kajian saintifik juga telah membuktikan pegaga mempunyai kandungan aktir yang digunakan untuk perawatan pelbagai penyakit. Dalam dunia perawatan dewasa ini, pegaga bukan sahaja dilihat sebagai ubatan yang bernilai komersial dan kini telah diproses dalam bentuk yang lebih mudah serta moden sesuai dengan keadaan semasa.

Menyedari hakikat ini sebuah syarikat tempatan iaitu HPA Industries Sdn Bhd, telah mengorak langkah dengan membekalkan beberapa produk berasakan pegaga. Pegaga akan mempunyai khasiat yang tinggi apabila berumur dua setengah bulan.

Pengambilan Tea herba, tea Asiatica, Health B dan Kordial Pegaga membantu melawaskan pembuangan air kecil. Proses detokrilikasi atau pengenyahan sisa toksid ini dibuang melalui saluran tertentu melalui urin, perpeluhan atau lain-lainnya. Begitu juga keadaan acidosis di mana PH badan menjadi terlalu berasid dengan sumber pemakanan harian. Selain daripada itu, tea ini juga boleh mengelakkan daripada tekanan perasaan dan meningkatkan tahap tenaga kerana pegaga juga membaiki peredaran darah.

Tea herba pula amat sesuai dan berkhasiat untuk digunakan oleh pesakit Gout kerana ia berupaya mengeluarkan toksid melalui urin. Ia juga amat sesuai untuk kanak-kanak demam kuning dan ibu yang mengandung. Kanak-kanak yang terkena demam kuning boleh dirawat menggunakan pegaga. Air tea herba diminum atau dicampurkan dengan susu. Bagi kes yang agak berat, si ibu juga perlu minum untuk membekalkan mineral dan zat makanan kepada anak-anak melalui melalui air susu. Bagi seriawan, terutama pecah-pecah dimulut memadai dengan berkumur dengan air tea herba. Minuman tea herba juga menjadikan kulit halus dan cantik. Penggunaan herba daripada pegaga mampu menghancurkan batu karang yang terbentuk daripada asid urik setelah disenergikan dengan Alac/Malac dan madu lebah.

Kajian oleh para saintis, mendapati banyak kesan perubatan diperolehi daripada pegaga ini antaranya menurunkan tekanan darah tinggi, memulihkan penyakit keputihan, merawat penyakit ulit, asma, demam panas, demam kuning, hepatitis-B, dan buasir. Selain itu juga, pegaga telah tersenarai sebagai 20 herba ubatan yang terbaik di dunia.

Kegunaan pegaga ini untuk mengubati penyakit-penyakit kardiovaskular termasuk untuk kesihatan jantung dan darah ada disebutkan dalam buku Malaysian Medical Plants for the treatment of Cardiovascular Diseases. Masalah-masalah lebihan LDL yang menyebabkan trombosis dan arteriokeloris boleh dicegah dengan memakan herba ini yang buatanya adalah 100 peratus daripada pegaga.

Menyentuh sedikit mengenai produk keluaran Syarikat HPA yang berasaskan daun pegaga ini. Bekalan tanaman pegaga ini ditanam sekitar Perlis dan Kedah secara kontrak. Sebanyak 145 orang yang terlibat dalam pegeluaran pegaga yang mengeluarkan sebanyak 30000 kilogram pegaga sebulan. Permintaan ini semakin bertambah kepada 100 000 kilogram sebulan pada sepanjang tahun. Pihak syarikat terlebih dahulu akan menentukan jenis tanah yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia beracun kerana kualiti pegaga kepada tanah tempat ianya ditanam. Pegaga yang telah dipungut akan dikeringkan mengikut suhu yang telah ditetapkan untuk memastikan bahan aktif yang terdapat dalam pegaga tidak akan termusnah. Di samping itu juga industri ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah pengawalan Biro Pengawalan Farmaseutical Kebangsaan (BPFK). Diantara senarai produk keluaran syarikat ini ialah pelawas untuk mengelakkan sembelit, minyak herba untuk urutan, herba untuk senggugut dan lain-lain lagi.

Kekabu dan Kegunaannya

Nama botani untuk kekabu ialah Ceiba pentandra. Famili atau keluarga kekabu ialah Bombacaceae. Kekabu juga disebut sebagai kapuk. Pokok kekabu berasal dari bahagian tropika benua Amerika dan tidak tumbuh liar di Malaysia. Di dalam hutan Malaysia ada kekabu hutan tetapi dinamakan Bombax,bukan Ceiba. Pokok kekabu memang dikenali oleh penduduk Malaysia,terutamanya bagi penduduk luar bandar. Hasil daripada pokok kekabu ialah serabut yang juga disebut sebagai kapuk. Kapuk digunakan untuk membuat bantal, tilam, kusyen, jeket pengapung dan sebagainya.

Pada masa sekarang kekabu tidak digunakan untuk tujuan tersebut kerana telah diambil alih oleh getah dan polisterin. Pokok kekabu dapat mencapai ketinggian 30m di Malaysia tetapi dapat mencapai sehingga 40m di benua Amerika. Bahagian batang pokoknya lebih gemuk kerana ia berdekatan dengan tanah manakala bahagian tengah pula berbentuk tirus dan bulat,dahan pula tumbuh secara mendatar dan tersusun bertingkat-tingkat. Daunnya tumbuh rapat pada hujung ranting dan gugur serentak. Bunganya berukuran 4cm lebar,bewarna putih kekuningan,mempunyai bentuk yang cantik dan dihasilkan dalam jambak pada hujung ranting. Bunga kekabu kembang lebih kurang 20 minit,bunga yang berbau susu ini dipolinasikan oleh kelawar dan keluang pada waktu malam. Buahnya dapat mencapai 15cm panjang atau lebih,tergantung seperti timun pada hujung ranting.

Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Buah ini terbahagi kepada 5 bahagian. Buahnya akan mencapai saiz maksimum dalam masa 30 hari tetapi mengambil masa tiga bulan untuk masak. Pokok kekabu sesuai dalam cuaca jenis monsun,iaitu bermusim kemarau dan tengkujuh yanh nyata. Di Semenanjung Malaysia,pokok kekabu paling banyak terdapat dinegeri Perak dan tidak banyak terdapat dibahagian selatan Semenanjung. Pokok kekabu banyak ditanam di India,Myanmar,China,Indochina dan Asia Tenggara. Pda masa penjajahan Belanda,pokok kekabu ditanam dalam barisan di tepi jalan dan dijadikan sebagai tiang untuk talian telefon.

Biji kekabu mengandungi sehingga 25% minyak. Minyaknya diperolehi daripada biji kekabu dan hampas bijinya dijadikan makanan haiwan. Hampas biji kekabu mengandungi protien. Minyak biji kekabu digunakan untuk membuat sabun dan bahan api. Ciri-ciri minyak kekabu hampir menyamai ciri-ciri minyak biji kapas. Biji kekabu tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana akan menyenakkan perut. Kayu kekabu pula lembut dan digunakan untuk membuat sampan,kotak,kayu mancis dan sebagainya. Gam boleh diperolehi daripada pokok kekabu. Gam ini larut dalam air semasa segar dan sebaliknya tidak larut apabila keras. Kulit pokok kekabu juga digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain.

Di Hindi Barat,air rebusan akar kekabu diminum sebagai diuretik,iaitu perangsang menghasilkan air kencing. Di Cuba,air rebusan daun diminum dan digunakan untuk mandi. Orang Trinidid turut menggunakan air rebusan daun kekabu untuk mandi dan mengubati bengkak pada kaki. Di Maxico,kulit pokok kekabu yang ditumbuk hingga lumat ditampal pada luka dan air rebusan isi kulit pokok kekabu digunakan sebagai perangsang muntah,mengubati spasma,luka pada kaki,buasir,gonorea,perangsang haid dan perangsang pengeluaran plasenta wanita selepas bersalin.

Di Malaysia daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus,diminum sebagai ubat demam panas,sifilis dan selepas bersalin. Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai ubat penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak. Di Singapura pula satu cara untuk mengubati batuk adalah dengan menumbuk daun kekabu dengan campuran bawang merah dan kunyit,kemudian direndam di dalam air. Air ini diminum untuk mengubati batuk,masalah kerongkong,sakit usus dan sakit saluran kencing. Di India, daun muda digunakan sabagai ubat gonorea. Air rebusan akar kekabu,buah muda atau gam digunakan sebagai uabt disentri,cirit-birit,edima,dropsi dan perangsang kencing. Di Filipina, air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai penguat tenaga batin dan ubat demam panas dan cirit birit.

Asam Jawa Dan Kegunaannya

Dikenali sebagai Tamarindus indica dan nama inggerisnya pula pula ialah tamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian selatan gurun Sahara. Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati dikebanyakan kawasan tropika di benua Asia,Afrika dan Amerika.Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus,berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila telah matang. Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak

Pokok asam tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam, tetapi biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus.

Di negara Eropah,asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging. Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa,gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.

Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan waniata, terutamanya bagi wanita yang mengandung. Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda. Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar. Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan. Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.

Air rebusan dan daun diminum sebagai penawar demam panas. Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan. Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah. Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar. Di Yukatan asam jawa juga digunakan sebagai pelawas buang air kecil dan penawar demam panas dengan cara asam jawa dibancuh dengan air dan dicampur dengan gula sebelum diminum.

Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema. Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong. Bagi orang yang mengalami selesema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum. Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.

Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot. Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.

Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata. Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan ditempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan. Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.

Kecubung Dan Kegunaannya

Nama sains bagi kecubung ialah Daturan fastuosa. Kecubung ialah sejenis tumbuhan beracun yang mempunyai nilai perubatan. Pohonnya renek dan berkayu. Kecubung boleh mencapai antara 0.5m hingga 2m. batangnya berwarna ungu tua semasa muda dan menjadi hijau apabila matang. Daunnya panjang, bujur dan lonjong serta bergerigi. Bunganya berwarna putih keunguan berbentuk corong dan panjang lebih kurang 15cm. Buahnya bulat berduri bergaris pusat 4cm, dan bijinya berwarna coklat kekuningan. Kecubung dipercayai berasal dari Asia atau Amerika. Tumbuhan ini boleh ditemui dikawasan lapang, dibelukar atau ditepi sungai.

Analisis kimia menunjukkan bahawa semua bahagian tumbuhan ini mengandungi alkaloid-alkaloid seperti hiosin, hiosiamin, atropin dan skopolamin. Bunganya mengandungi miosiamin dan atropin. Bijinya pula mengandungi hoisiamin, hiosin dan zat protein. Daun kecubung mengandungi hablur kalsiumozalat yang berbentuk bintang. Memang, sejak dahulu lagi kecubung dianggap sebagai tumbuhan utama yang menghasilkan hiosin. Sebatian ini merupakan bahan santiklolinegikum yang digunakan untuk merawat kejang otot.

Walaupun kecubung sejenis tumbuhan beracun ia sebenarnya amat berguna. Semua bahagian tumbuhan ini dapat digunakan sebagai bahan ubatan luar. Orang melayu menggunakan daun kecubung untuk mengubati bisul, luka-luka dibahagian kaki, kebas-kebas, bengkak sendi dan penyakit-penyakit kulit. Caranya daun ini ditumbuk bersama beras berserta kunyit dan kemudiannya disapu pada bahagian yang sakit.

Bijinya ditumbuk bersama minyak dan digunakan sebagai ubat sapu bagi mengubati bengkak bernanah, bisul, demam campak dan kebas-kebas. Daun kecubung yang kering jika dicampur dengan tembakau dan dihisap seperti rokok boleh menyembuhkan penyakit resdung dan lelah. Air perahan bunga kecubung pula digunakan untuk mengubati sakit telinga .

Temu Lawak (Curcuma Xanthorhiza)

Temu lawak (Curcuma xanthorhiza) merupakan spesis kunyit yang tumbuh liar. Rumpun tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian dua meter dan merupakan spesis yang tertinggi dibandingkan dengan spesis-spesis lain. Struktur temu lawak seperti kunyit biasa tetapi tulang daunnya berwarna ungu tua. Bunganya berwarna kuning kemerahan. Rizomnya berwarna oren muda, besar dan panjangnya mencapai 10 cm. Aromanya berbeza daripada kunyit biasa dan rasanya pahit pedas. Sebagai bahan ubatan tradisional, temu lawak digunakan untuk mengubati penyakit hati dan demam kuning. Ia juga merupakan ramuan dalam jamu untuk menyembuhkan demam, sembelit, melancarkan aliran darah, meransang pengeluaran air hempedu, ubat asma, dan sakit perut..

Minyak temu ini digunakan sebagai anti-inflamateri. Perahan air temu lawak juga dapat merangsang pembentukan susu bagi ibu-ibu yang bersalin. Disebabkan kegunaannya begitu meluas, di Indonesia ia boleh diperolehi dalam bentuk tablet di kedai-kedai farmasi dengan beraneka jenama.

TEMU HITAM (Curcuma Aeruginosa)

Temu hitam merupakan spesis kunyit yang hidup liar dan boleh ditemui di Myammar, Indonesia dan Malaysia. Rizomnya yang tua berwarna ungu atau biru tua, sementara rizom yang muda berwarna biru kehitaman. Rasanya pahit dan pedas. Rumpunnya boleh mencapai ketinggian 1.5 meter. Daunnya berwarna hijau tua dan tulang daunnya berwarna merah keunguan. Rizom temu ini digunakan sebagai ramuan ubatan tradisional.

Contohnya ia digunakan bersama daun lemundi dan madu lebah untuk mengecutkan rahim bagi wanita yang bersalin. Rizomnya juga digunakan sebagai ubat cacing, membangkitkan selera makan bagi kanak-kanak, ia juga digunakan untuk penyakit kulit, pembersihan nifas, dan beberapa penyakit jangkitan kulit.

TEMU PUTIH (Curcuma Auriantica)

Temu putih juga mempunyai struktur rumpun yang hampir sama dengan temu lawak. Yang membezakannya ialah rizomnya yang besar dan berwarna putih. Spesis ini sukar ditemui di Malaysia tetapi banyak terdapat di Jawa secara liar. Rizomnya berasa pahit. Rizomnya dijadikan ramuan dalam ubatan.

Air perahan rizom digunakan untuk membuang angin dalam perut dan merangsang pengeluaran air hempedu. Ia juga digunakan sebagai bahan ramuan untuk mengibati usus berdarah (najid berdarah). Tepung temu putih digunakan untuk membuang lemak daripada perut dan mengubati penyakit keputihan.

Demikianlah maklumat yang dapat dikongsi bersama pembaca tentang pengenalan kepada buku ini yang menyentuh dan membincangkan beberapa jenis tumbuhan herba beserta kegunaannya. Bahagian jenis-jenis tumbuhan herba yang terdapat dalam “Taman Herba PPKI SMK Menjalara” akan dibincangkan secara mendalam dan ianya hanya yang terdapat dalam taman tersebut. Maklumat yang disediakan ini juga adalah hasil daripada pembacaan, kajian dan temu bual dengan orang-orang yang berpengalaman luas dalam mengenal tumbuhan herba dan khasiatnya. Sekiranya maklumat yang disediakan ini tidak mencukupi, para pembaca disarankan untuk membuat pembacaan lanjut daripada sumber-sumber yang lain bagi menambahkan pengetahuan tentang tumbuhan herba dan khasiatnya.

Melalui buku “TAMAN HERBA PPKI SMK MENJALARA” ini, jenis-jenis, khasiat, kegunaan dan cara penggunaan yang akan dibincangkan meliputi sebilangan kecil herba sahaja. Buku ini hanya akan membincangkan jenis-jenis herba yang dapat ditanam dan disediakan oleh pihak pengurusan Taman Herba PPKI SMK Menjalara dan akan ditambahbaik dari semasa ke semasa jika jenis herba yang ditanam di Taman ini bertambah.

Walaubagaimanapun, penulisan buku ini hanyalah sebahagian usaha dalam menghasilkan maklumat tentang tumbuhan herba dan ianya tidak meliputi semua jenis herba yang terdapat di seluruh dunia. Oleh itu, sebarang maklumat lanjut tentang jenis-jenis herba yang tidak tersenarai dalam buku ini hendaklah dirujuk kepada buku lain atau sumber-sumber lain yang boleh dipercayai.